nuffnang

Friday, October 02, 2009

Practical at Modenas Gurun

Lepas aku habis join GEMS dua bulan setengah kat Harvard Suasana Hotel, aku dapat placement untuk practical dekat MODENAS Gurun. Best la jugak keja kat situ.. ada lagi 7 orang GEMS participants yang dapat placement kat situ under Department IT macam aku jugak.

DAY 1

Sampai kat MODENAS pukul 8 pagi. Tunggu punya tunggu, pukul 8.30 baru la En. Azizan (staff HR) datang kat kami. Berkumpul dalam Conference Room pastu dengar taklimat. Pastu kami p melawat kilang. Besar la jugak kilang tu... penat jugak la berjalan kaki. Sesi petang taklimat dari Encik Azman pulak. Encik Azman ni kira supervisor kami la.

DAY 2-5

Untuk hari ke-2 sampai la hari ke-5 kami duduk dalam satu bilik and belajar ASP.Net dari Jie. Tapi... takdela belajar sangat pon... hahaha

2ND WEEK


Aku dengan As di'assign' untuk buat kerja2 documentation under Encik Jeffri. Our first task was to audit PC2 yang ada kat MODENAS. Waahhh... memang agak penat laa sebab kena travel ke setiap pelosok tempat kat MODENAS yang ada komputer. Tapi best sebab kami berdua dapat travel n tgk org buat keja, especially dekat R & D department. Lepas habis p audit pc2, kami kena lukis diagram pc2 yg kami dh audit. Still in process.

Tu jela setakat ni, dua minggu di MODENAS. So far, OK, bos baik hati, staff2 yang ada pon ramai jugak la yang peramah.

Tapi bila la nak dapat Permanent Job!!



No comments:

Post a Comment