nuffnang

Monday, February 15, 2010

Saat Mencemaskan di TESCO Sg. Petani!

Malam raya cina tu keluar dengan mak n abah p TESCO. Konon-konon nak cari kasut untuk interview hari Khamis nanti. Di Parking kereta TESCO:

Mak: Lock la stereng kereta tu.
Abah: Ok.

Berjalan masuk ke dalam TESCO. Ke rak kasut. Woohoo... kasut-kasut di sini serupa kutip dari tong sampah. (Note to management TESCO LEGENDA HEIGHT SP: Sila susun kasut2 yg anda jual dengan kemas dan teratur. Jangan main letak ja kasut2 tu serupa macam dalam rak kasut di rumah anda). Sangat sedih arr kasut2 di TESCO tu. Mesti kasut2 tu meronta-ronta minta dibuang ja atau dicampak atau dihapuskan terus dari terus stay dalam rak macam tu.. Hahaha. Hebat tak daya imaginasi saya? Chewahh..

So, back to story, since those kasut sangat teruk conditionnya, plus none of them saya suka, so kami decided to go to Sp Plaza... ya, kawan-kawan, SP PLAZA, tempat shopping kegemaran ibuku since paling dekat dengan rumah. Sampai di parking. masuk dalam kereta. Abah try buka kunci sterengnya.

Abah: Ha, tu dia, jam dah la ni (sambil berusaha dengan gigihnya untuk membuka kunci stereng tu)
Mak: Masya Allah, tak penah2 jadi macam ni.. nak buka mcm mn ni?

Abah teruskan usahanya membuka kunci stereng tapi x berjaya. Sampai berpeluh-peluh la. Kami berpeluh sakan dalam kereta. Giliran saya plak try buka kunci tu. Seriously, memang tak boleh buka sebab rasanya dalam tu mmg dah jam. To make it worse, I dropped the key. Yes my dear readers, I dropped the f***ing key, jatuh atas lantai kereta. Hah, tertonggek-tonggek la pulak cari kunci stereng tu. (Sila jangan bayangkan saya dalam keadaan itu!) Last2 jumpa jugak la key tu setelah memunggah cassette collection dlm kereta tu n my mom dh pindah from front seat to back seat. (Apa kaitannya ni?)

Mak: P la amik apa2 alat kat bonet tu cungkey benda tu.

So, abah ke belakang n amik mcm2 tools yg ada n start cungkil the lock. Kalau org tgk memang ingat kami ni geng pencuri kereta. Ya la, try bukak kunci stereng pakai tools mcm pencuri. Even abah pon ada ckp, "Macam curi kereta".

Finally, after kept on trying, huh...huh.... (bunyi penat mencuba buka kunci, jangan pikir benda lain ya!) berjaya jugak bukak benda alah tu. Memang sah dalamnya dah rosak. Jam masa tu pon dh pukul 9:10pm. Abah cepat2 start kereta n kami choww to SP PLAZA. Zasss!!

Akhirnya dapat jugak beli kasut untuk interview.

Moral of the story: Kalau benda dah dekat (depan kita), jangan nak cari yang jauh2. (Not applicable to soal mencari jodoh. Itu another story!) Ingat ya, kawan2.

Monday, January 04, 2010

Blackout In The Town

Hai,

Jadinya, petang semalam or yesterday evening in Englishnya, saya dan bapak pergi ke pekan untuk membeli barang keperluan. Kami keluar rumah adalah, dalam pukul 6 lebih. Kami pergi ke tempat yang dekat-dekat aja, THE STORE SP PLAZA. Sampai saja di SP PLAZA, saya nak keluarkan duit. Jadinya saya ke ATM Bank Islam yang terdapat di luar 'shopping complex' tersebut. Tapi mesin ATM semuanya 'Out of Service' atau leb
ih senang cerita, semuanya OFF. Herannya... Jadinya, saya pon terus keluar dari situ dan masuk ke dalam The Store. Bila dah masuk dalam, WOW! Gelapnyaaaa... and everyone was started to close their shops for the day. Jadinya, saya dan bapak terpaksala keluar dari situ dan pergi ke pasaraya lain. Kami pergi ke GIANT. Mujurla, kat GIANT electricity OK. Tapinya, sepanjang perjalanan nak ke GIANT, ada a few traffic lights yang tak berfungsi. Maybe that area still having blackout. Kami beli barang keperluan dan terus pulang ke rumah.


And so, while on my way back to the house, the thing came across my mind: What if, you and your BF/GF/Family are watching a nice movie at GSC or TGV, and then suddenly, PUP! It's a BLACKOUT! What would you do anyway...? Claim your money back? or just leave? Well, it never happens to me, but, who knows someday, somewhere, when the 'LUCKY ANGEL' is away, this unpleasant situation might happens...



P/S: Shopping dalam gelap, serius tak best!

Sunday, January 03, 2010

Welcome Back....!

Hi all,

So, I haven't updated this blog since... I can't recall. Felt super duper 'layzie' to update this blog. But, hey... I'm back again! This doesn't mean that I'm quitting from blogging forever. It just that, it'll be not more often like before.

It's new year again. Another wasted time has passed. Why wasted time?? I called it wasted cuz I haven't achieved anything that I've been dreaming of yet... and what's my dream? Getting a JOB. Yeahh, I know, it's not my time/luck/'rezeki' yet, but as time passed by, I felt more and more worried about my future. What I'm gonna be in next 2-3 years? Will I ever get the dream job? Actually, I myself couldn't find out what exactly I really, really want in my life. Or in other word, my MISSION and VISION. This is totally serious for a 23-year old woman like me.

In the year of 2010, I wish that I could learn and understand what is the exact meaning of life, what I really, really want to achieve in my life and most of all, get a job that I am dreaming of. And to all my friends who are still searching for the real meaning of life, hope we can make it.

Hasta Pronto!


Wanisha

Wednesday, October 28, 2009

My JobsMalaysia Account??

Tadi, bukak website JobsMalaysia nak tengok-tengok kerja kosong. Masukkan IC number dengan password. Lepas tu, sesuatu yang terpapar depan mata aku membuatkan aku menjerit pada kawan-kawan aku. "Weih, ni gambaq sapa depa bubuh kat account kami ni??" Memang terkejut gila. Gambar aku dah bertukar kepada gambar sorang pompuan mana tah. Below is the picture yang aku dah print screen:



Maybe responsible person should do something about this.

Saturday, October 24, 2009

Handbrake Jahanam

Hari ni abah ajak aku prektis driving. Tempat besa, dari Sungai Layar ke Sungai Pasir ikut jalan lencong barat. Mula-mula, abah drive dulu dari rumah. Dah sampai ke tempat sepatutnya, abah berenti kereta n tukar driver dgn aku. Aku pon terusla memulakan perjalanan... Dah habis 2 kali pusing ulang-alik antara Sungai Layar ke Sungai Pasir, abah suruh aku masuk simpang Kampung Penghulu Him... nak aku belajar pulak drive ikut jalan kampung. Lepas je roundabout baru buat kat area Penghulu Him tu, abah suruh aku berenti kat tepi nak tukar driver. Aku pon buat la apa yg disuruh.

Masa dah berenti and nak tarik handbrake, baru aku perasan, rupa-rupanya handbrake memang aku tak turunkan waktu aku mula2 nak drive tadi... ALAMAK! aku pon selamba je keluar dari kereta. Masa keluar tu la aku terbau sesuatu... bau HANGIT! Terus aku bagitau abah, "Bau hangit la..." Abah terus stopkan enjin. Pastu dia kata "Tadi tak turun handbrake ka?" Aku pon ngakula... "Tak, lupa.." Abah aku try drive pastu test brake kereta. "Brek tak makan ni..!" Abah pon drive la kereta tu slow... Sambil-sambil tu dia ada la cakap2 sikit kat aku (tapi bukan dalam nada marah). Dah sampai depan library, abah call mekanik n bagitau nak p hantar kereta kat bengkel. Pastu kami meneruskan perjalanan dengan kadar kelajuan lebih kurang 20 km/j.

Dah selamat sampai ke bengkel (Bengkel dekat je dengan rumah) aku pon balik rumah jalan kaki. Sampai kat rumah mak aku tanya, " langgar tiang ka?" "Dak la, terlupa turun handbrake..." Mak aku pon mula la bebel2 sikit kat aku.. (sikit ja tak marah teruk pon) Aku pon rasa bersalah jugakla sebab pasal aku, kereta tu masuk bengkel. Tapi aku tak putus asa nak belajar lagi drive kereta. Ni semua aku anggap sebagai pengajaran dalam usaha aku nak pandai drive kereta.


Monday, October 19, 2009

Monday Blues..

It's Monday again! So laaazyy to get back to work.

I hate Monday.
Wish weekend never ends.

Friday, October 02, 2009

Practical at Modenas Gurun

Lepas aku habis join GEMS dua bulan setengah kat Harvard Suasana Hotel, aku dapat placement untuk practical dekat MODENAS Gurun. Best la jugak keja kat situ.. ada lagi 7 orang GEMS participants yang dapat placement kat situ under Department IT macam aku jugak.

DAY 1

Sampai kat MODENAS pukul 8 pagi. Tunggu punya tunggu, pukul 8.30 baru la En. Azizan (staff HR) datang kat kami. Berkumpul dalam Conference Room pastu dengar taklimat. Pastu kami p melawat kilang. Besar la jugak kilang tu... penat jugak la berjalan kaki. Sesi petang taklimat dari Encik Azman pulak. Encik Azman ni kira supervisor kami la.

DAY 2-5

Untuk hari ke-2 sampai la hari ke-5 kami duduk dalam satu bilik and belajar ASP.Net dari Jie. Tapi... takdela belajar sangat pon... hahaha

2ND WEEK


Aku dengan As di'assign' untuk buat kerja2 documentation under Encik Jeffri. Our first task was to audit PC2 yang ada kat MODENAS. Waahhh... memang agak penat laa sebab kena travel ke setiap pelosok tempat kat MODENAS yang ada komputer. Tapi best sebab kami berdua dapat travel n tgk org buat keja, especially dekat R & D department. Lepas habis p audit pc2, kami kena lukis diagram pc2 yg kami dh audit. Still in process.

Tu jela setakat ni, dua minggu di MODENAS. So far, OK, bos baik hati, staff2 yang ada pon ramai jugak la yang peramah.

Tapi bila la nak dapat Permanent Job!!