nuffnang

Saturday, October 24, 2009

Handbrake Jahanam

Hari ni abah ajak aku prektis driving. Tempat besa, dari Sungai Layar ke Sungai Pasir ikut jalan lencong barat. Mula-mula, abah drive dulu dari rumah. Dah sampai ke tempat sepatutnya, abah berenti kereta n tukar driver dgn aku. Aku pon terusla memulakan perjalanan... Dah habis 2 kali pusing ulang-alik antara Sungai Layar ke Sungai Pasir, abah suruh aku masuk simpang Kampung Penghulu Him... nak aku belajar pulak drive ikut jalan kampung. Lepas je roundabout baru buat kat area Penghulu Him tu, abah suruh aku berenti kat tepi nak tukar driver. Aku pon buat la apa yg disuruh.

Masa dah berenti and nak tarik handbrake, baru aku perasan, rupa-rupanya handbrake memang aku tak turunkan waktu aku mula2 nak drive tadi... ALAMAK! aku pon selamba je keluar dari kereta. Masa keluar tu la aku terbau sesuatu... bau HANGIT! Terus aku bagitau abah, "Bau hangit la..." Abah terus stopkan enjin. Pastu dia kata "Tadi tak turun handbrake ka?" Aku pon ngakula... "Tak, lupa.." Abah aku try drive pastu test brake kereta. "Brek tak makan ni..!" Abah pon drive la kereta tu slow... Sambil-sambil tu dia ada la cakap2 sikit kat aku (tapi bukan dalam nada marah). Dah sampai depan library, abah call mekanik n bagitau nak p hantar kereta kat bengkel. Pastu kami meneruskan perjalanan dengan kadar kelajuan lebih kurang 20 km/j.

Dah selamat sampai ke bengkel (Bengkel dekat je dengan rumah) aku pon balik rumah jalan kaki. Sampai kat rumah mak aku tanya, " langgar tiang ka?" "Dak la, terlupa turun handbrake..." Mak aku pon mula la bebel2 sikit kat aku.. (sikit ja tak marah teruk pon) Aku pon rasa bersalah jugakla sebab pasal aku, kereta tu masuk bengkel. Tapi aku tak putus asa nak belajar lagi drive kereta. Ni semua aku anggap sebagai pengajaran dalam usaha aku nak pandai drive kereta.


3 comments:

  1. len kali bwk kete tuh... kena alert, jgn dok seronok jerk, spai lupe benda2 basic

    ReplyDelete
  2. kalu proton tuh pun xlepas, camne nk bwk estima nih??

    kena byk blaja ni huhuuh

    ReplyDelete
  3. heheh kelakar la wani ni....wani kat ner skang?

    ReplyDelete